Monday, 25 November 2013

MEALSHAKE - HEALTHY FASTFOOD


 
                                       


Hari ni kita citer pasal Mealshake Shaklee pulak ye.. Produk ni kegemaran semua ibu-ibu yang sgt mementingkan kesihatan anak-anak. Mealshake ni sesuai untuk anak-anak dari umur setahun ye, rasa nye sedap, vanila, oleh dicampur ke dalam minuman kegemaran anak anda - susu ke, milo ke, jus ke..Anak anda Picky eater?YES..Mealshake ni akan mengembalikan selera makan anak anda..anak saya sndiri pun diberi mealshake ni, sekarang ni, bgn tido pun terus mntak nasi, dah makan sayur2..Mealshakes ni bukan sahaja kaya dgn protin dan kalsium.. tetapi juga kaya dgn vitamin penting terdapat dlm per serving Mealshakes .. Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin, dan juga mineral2 penting kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc..

Anak-anak kita sentiasa bergerak aktif & pantas, mengikut peredaran masa. Oleh itu, Shaklee MealShake telah menjadi pilihan terbaik untuk anak-anak yang dalam proses membesar kerana ia adalah makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasanya sangat enak dan boleh dibancuh dengan apa saja minuman kegemaran keluarga anda.

                                       

Fakta mengenai MealShakes :

1- NUTRISI LENGKAP : menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan trace mineral. Kekurangan trace mineral akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif.
# sesuai untuk mereka yang susah menelan pil dan yang ingin menjaga berat badan
2- MEMBEKALKAN NUTRIEN KEPADA SEL : kaya dengan protein yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sel imunisasi.
# badan lebih sihat, protein penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak
3- UNTUK PEMBESARAN : mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan calcium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel dalam proses tumbesaran
# sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu mengandung
4- ANTI-OKSIDA : mengandungi vitamin A, C, E, Zink dan Solenium yang merupakan komponen anti oksidan dan anti penuaan
# sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan pentingkan kecantikan
5- PEMULIHAN KULIT : dilengkapi dengan vitamin B-Complex, Iron & Copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekaligus mencerahkan warna kulit
# sesuai untuk mereka yang ingin kulit yang cantik dan halus mulus
6- DETOX : kaya dengan serat yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan
# sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit

Kebaikan MealShake :
- rendah lemak dan kaya dengan vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta calcium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- memberi kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- mengurangkan eczema
- meningkatkan selera makan anak-anak

 
 

 
 
SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR : 988122 NURSURIYANI AFFENDI 0148850202

 

Wednesday, 20 November 2013

V.I.V.I.X  : TONIK AJAIB
                           

VIVIX merupakan minumpan campuran botani alami di dalam pemakanan *polifenol. Ia mengandungi Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.


Berikut merupakan perbandingan antara VIVIX, MonaVie, Tahitian Noni dan XanGo Juice. Tepuk dada tanya diri, dengan hanya sesudu teh sehari anda dapat pelbagai kelebihan.


Manfaat Resveratrol 

Vivix telah terbukti menyelesaikan masalah penyakit2 serius, antaranya :
• Diabetes
• Kolestrol tinggi
• Penyakit Kardiovaskular (Jantung)
• Tekanan Darah Tinggi
• Alzheimer atau nyanyuk
• Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang
• Gout
• Letih
• Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun berat badan)
• Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)
• Kanser dan tumor
• Katarak dan masalah mata
• Masalah saraf
• Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh


 * polifenol - kelompok zat kimia yang ditemukan pada tumbuhan. Zat ini memiliki tanda khas iaitu memiliki banyak gugus fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun pada musim gugur.Ia juga memberi peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan dan sel anti-penuaan semulajadi. Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kanser dan risiko penyakit Alzheimer. Polifenol boleh ditemui pada kekacang, teh hijau, anggur merah, minyak zaitun dan delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi terdapat pada kulit buah seperti anggur dan epal.


Nursuriyani Affendi (ZYani Affendi)
ID : 988122
sms / whatsapp : 014-8850202
email :zyaziq@gmail.com




Pasti ramai tertanya-tanya apakah G.O.U.T? Jom kita study..

Gout adalah disebabkan oleh urik asid yang berlebihan di dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) di persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang menyebabkan sakit sendi. Kristal inilah yang menghalang sendi daripada berfungsi seperti biasa.
Mengapakah urik asid berlebihan di dalam darah?
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Ketidakseimbangan ini mungkin berpunca daripada faktor keturunan, kandungan purin yang tinggi dalam makanan, obesiti, pengambilan alkohol yang berlebihan, kerosakan buah pinggang dan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat diuretik dan aspirin.
Apakah yang berlaku kepada urik asid yang berlebihan?
Urik asid yang berlebihan boleh mendap di dalam sendi menyebabkan keradangan sendi. Mendapan ini sekiranya berpanjangan akan menyebabkan pembentukan tophi dan batu karang di buah pinggang.
Kandungan urik asid yang tinggi dalam darah tanpa menyebabkan keradangan sendi. Namun begitu, risiko untuk menghidap gout adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal. Oleh itu langkah-langkah pencegahan adalah amat penting untuk golongan pesakit ini.
Apakah yang berlaku jika penyakit ini dibiarkan berlanjutan?
Serangan sakit sendi yang berulang kali boleh mengakibatkan kerosakan sendi dan menjejaskan fungsinya. Mendapan urik asid yang berlebihan akan membentuk tophi di jari, siku, tangan termasuk cuping telinga. Mendapan urik asid di buah pinggang yang membentuk batu karang boleh meningkatkan risiko jangkitan kuman dan juga kegagalan buah pinggang. Oleh itu, pesakit dinasihatkan agar mendapat rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi ini.

Bilakah serangan Gout boleh berlaku?
Serangan gout boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang ketara. Keadaan tertentu boleh menyebabkan serangan gout. Contohnya:
  • Kekurangan air di dalam badan atau berpuasa.
  • Makan makanan kaya purin secara berlebihan.
  • Minum alkohol berlebihan.
  • Kecederaan kepada sendi.
  • Selepas pembedahan.
Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit gout
  • Sakit sendi berlaku secara tiba-tiba, terutama di ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki.
  • Sendi menjadi bengkak.
  • Sendi menjadi panas, merah dan teramat sakit.
  • Demam.
Set khas untuk pesakit Gout adalah seperti berikut :-


  • ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai agen detox 
  • OMEGA GUARD/AJHT – mengelakkan keradangan sendi.


  • Berminat? SMS/Whatsapp 0148850202 Yani